Tuesday, April 7, 2009

Pakatan kuasai dua bukit, BN di Batang Ai



10.50pm Maklumat rasmi. Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

nizar wins bukit gantang 070409 038.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022.

PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi.

Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

Rakyat belum maafkan BN


Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.

Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.

Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.

Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.

Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.

Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.

Sementara calon PKR S Manikumar yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.

Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi.

Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.

Friday, April 3, 2009

Wednesday, April 1, 2009

gambar menceritakan segalanya





FOTO CAPTION: SEKITAR MAJLIS PERISYTIHARAN NIZAR SEBAGAI CALON BKT GANTANG.

14 Responses to “gambar menceritakan segalanya”

1. x-army kl on March 24th, 2009 6:12 am

Salam…PDRM ni ada yg baik…ada yg jahat…..mdh2an anggota PDRM yg mengaminkan doa masa pengumuman calon PAS dlm gambar ni…akan di beri rahmat ats pengorbanan tgs yg di berikan…Aminnnn
2. Anak gerik on March 24th, 2009 11:25 am

Polis nie tak boleh disalahkan…mereka hanya menerima arahan..yang bersalah menteri yang berkaitan dengan UMNO…untuk pertahankan UMNO polis digunakan…
3. Anak gerik on March 24th, 2009 12:44 pm

Ish Kenapa tunujuk muka polis tu,nanti tak pasal2 kena buang keje..UMNO bukan boleh..bahaya tu..kesianlah kat polis tu…harap2 polis yg dalam gambar nie tak dibuang…harapan AG…

Analisis:Pakatan boleh menang besar jika kerja kuat


Untuk mencapai kemenangan 3-0 dalam pilihan raya kecol di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, Sarawak, seluruh petugas Pakatan Rakyat mesti bekerja keras siang dan malam.
Iklan




"Sokongan rakyat kepada calon Pakatan Rakyat di tiga tempat itu memang memberansangkan," kata Encik Khalid Ahmad, seorang pemerhati politik yang ditemui di Bukit Selambau, Kedah dua hari lalu dan menambah,"sokongan rakyat kepada PR saja tidak cukup, malah perlu seiring dengan kekuatan jentera PR sendiri."

Beliau adalah seorang pengkaji sains politik di Kuala Lumpur yang telah menunjau lebih seminggu di Bukit Gantang dan Bukit Gantang.

Menurut beliau, BN namaknya bekerja keras dan �menjaja� perubahan kepimpinan Umno selepas Perhimpunan Agung mereka baru-baru ini.

"Petugas BN masih kuat berkempen, lebih-lebih lagi BN banyak duit, faham-fahamlah,"katanya.

Namun menurut Khalid, jika Pakatan Rakyat mengatur strategi dengan bijak, kempen bersungguh-sungguh siang dan malam, mengatur pertemuan sebanyak mungkin dengan para pengundi hingga jauh di pedalaman, harapan PR untuk menang sangat cerah.

Beliau belum sempat ke Sarawak, tetapi laporan yang diterimanya dari sana menunjukkan sambutan terhadap calon PKR di Batang Ai sungguh memberansangkan.

Sementara itu, di Bukit Selambau, para petugas PAS, PKR dan DAP kelihatan berhempas pulas berkempen untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat, Manikumar Subramaniam.

Seorang petugas PAS di Unit Peti Undi Bukit Selambau, Ahmad Sobri bin Ayub berkata, kempen PR berjalan lancar. Malah, katanya, muslimat sudah menggerakkan jenteranya sejak seminggu yang lalu.

Menurut beliau lagi, kerjasama antara petugas DAP, PAS dan PKR sangat lancar. Justeru itu, katanya, kempen mereka di kawasan estet begitu lancar.

Pekerja estet, kata beliau lagi, berjanji untuk memberikan sokongan kepada calon PKR. Malah di kawasan ramai pengundi Melayu sambutan terhadap calon PKR yang mengunjungi pelbagai tempat di sana juga sangat baik.

Petugas PAS dari seluruh Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang ditempatkan di Bukit Selambau ini kelihatannya begitu rancak. Menurut seorang petugas PAS di sini, isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak parti lawan sama sekali tidak berkesan.

Malah ribuan orang Melayu turut mendengar ceramah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Kerajaan Kedah, Ir. Amirudin Hamzah serta calon PKR.

Malah kempen muslimat PAS dan PKR serta DAP dari rumah ke rumah orang Melayu dan Cina serta India mendapat sambuitan baik.

Seorang petugas PAS Kedah di sini berkata, isu perkauiman hampir-hampir berkubur. Katanya, semakin ramai pengundi di Bukit Selambau percaya isu perkauman �tidak laku� di sini.

Orang Melayu dan Cina di sini, kata beliau lagi, dapat menerima Manikumar sebagai calon.:Mereka tidak melihat Manikumar dari segi sebagai calon India, tetapi melihatnya sebagai calon terbaik dari Pajatan Rakyat.

Di Bukit Gantang, ada pihak yang mengatakan kononnya pengundi Melayu sukar memberikan sokongan kepada Nizar justeru kerana fitnah parti lawan yang mengasak iu perkauman, tetapi andaan ini segera dinafikan oleh pemerhati politik di ini.

Menurut pemerhati itu, pemikiran pengundi Melayu sudah jauh berubah dari pemikiran lama.

Nizar punya ciri intelektual pro rakyat

"Mereka melihat Nizar mempunyai kewibawaan sebagai seorang intelektual pro rakyat, pemimpin berwibawa dan mempunyai imej kontemporari," kata pemerhati itu.

Ketiga-tiga persepsi ini, kata pemerhati itu, sangat menolong Nizar.

"Saya tidak kata Nizar akan menang mudah, tetapi tinjauan yang dibuat menunjukkan simpati rakyat tiga kaum di Perak ini terhadap Nizar adaah menyeluruh."

Tinjauan mendapati di mana-mana saja Nizar dan rombongannya pergi baik di Dun Kuaa Sepetang, Changkat Jering mahupun Dun Trong, sambutan luar biasa dari rakyat berbilang kaum.

Ramai orang Cina dan India sendiri berebut-rebut untuk mendapatkan bendera dan lencana PAS sehingga PAS Bukit Gantang. Sementara itu, blog dan web-site Pakatan Rakyat ternyata jauh mengatasi web-site dan blog dari Umno/BN. Kemudahan komunikasi ini benar-benar menolong Pakatan Rakyat yang menerima tekanan begitu hebat dari parti yang memerintah.

Akhbar Makkal Kural, Suara Rasmi Partai Keadilan Rakyat edisi Tamil sangat diminati di dua Dun ini. Akhbar tersebut memuatkan pandangan kritikal terhadap Umno sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Dr. Mahathir, pandangan Dato� Seri Anwar Ibrahim dan Sivarasa Rasiah, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua.

Semakin hampir hari mengundi (7 April ini), Bukit Gantang semakin padat. Gerai-gerai makan di dirikan si sana sini, sementara para petugas Pakatan dari luar Bukit Gantang sudah datang dan bertugas sepenuhnya, Markas besar PAS di Air Kuning demikian sibuk, sementara kawalan keselamtan dari petugas Pakatan Rakyat telah diperketat di seluruh UPU Pakatan Rakyat di tiga Dun.

Walaupun hujan sentiasa turun tetapi tidak menghalang petugas PAS melaksanakan tugas mereka dan yang menarik penduduk Cina dan India tidak putus-putus meminta bendera PAS untuk dikibarkan di rumah dan kereta mereka.

Boleh dirumuskan di di sini, calon Pakatan Rakyat di tiga tempat ini boleh menang jika para petugas bekerja kuat, trategi yang tepat dan berkempen secara bijaksana. - azm _