Friday, October 31, 2008

Bila Waktu Telah Berakhir


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Wednesday, October 29, 2008

Sangat menarik:Meniti kompas kehidupan yang diidamkan!



Sesuatu yg terindah dijadikan utk kite sume tapi macam mane kite menilai nye..


Buat Renungan Bersama ya..Hayati dan renungkan...


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup
itu terlalu lama tinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang
seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya
ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma
mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam
untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya
palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah
seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda
mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah
apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki
segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir
apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan
terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka
yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan
ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis..

Tuesday, October 28, 2008

Tsunami Melanda Pilihanraya Kampus


TSUNAMI Politik tanah air yang melanda negara pada pada pilihanraya ke 12, Mac lalu memberikan petunjuk kepada para mahasiswa untuk turut melakukan perubahan sepanjang pilihanraya kampus yang kini telah tiba musimnya.

Ianya dibuktikan dengan beberapa kemenangan di dua Universiti yang dilihat sebagai sarang Aspirasi yang dikatakan pro kepada kerajaan, dan ianya dijangka akan turut membawa perubahan di beberapa universiti utama di Lembah Kelang.

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pro Mahasiswa berjaya menawan lapan kerusi yang mana tiga daripadanya merupakan kerusi umum daripada 11 kerusi yang ditandingi.

Manakala di Universiti Malaysia Sarawak pula, kumpulan ini telah menang tujuh kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Menurut Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Norazali Zainuddin kejayaan di dua Universiti terbabit adalah satu permulaan yang baik bagi musim pilihanraya kali ini.

“UPSI dan beberapa universiti yang lain kita nampak ada perubahan. Dulu tak pernah menang, kali ini kita sudah ada kerusi,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Walaubagaimanapun, menurut Norazali, kemaraan tsunami politik ini akan terserlah sekiranya pilihanraya kampus diadakan serentak suluruh negara.

“Kita akan terselah dab ada impak yang lebih besar sekiranya ianya dilaksanakan seperti tahun lalu dimana ianya diadakan dengan serentak di seluruh negara termasuk juga universiti-universiti utama,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, walaubagaimanapun, kemenangan yang diperoleh di UPSI adalah untuk memberi signal kepada Pro-Mahasiswa daripada kampus yang lain supaya bekerja keras untuk memastikan kemenangan pilihanraya kali ini berpihak kepada kita.

“Kami yakin Pro Mahasiswa boleh menembusi universiti-universiti di Lembah Klang dan paling kurangpun kami mampu memberi saingan sengit kepada lawan,”jelasnya lagi.

Norazali turut mengingatkan kepada calon Pro-Mahasiswa yang telah menang dalam pilihanraya kampus baru-baru ini, bahawa kemenangan yang diberikan bukanlah untuk dijadikan kebanggaan dan juga mengejar populariti.

“Tugas berat yang dihadapi oleh kita ialah kini bagaimana untuk mengisi kemenangan dan menyakinkan bahawa undi mahasiswa kepada Pro-Mahasiswa kali ini adalah berbaloi” ujar Norazali lagi.

Seorang lagi tokoh mahasiswa, Hafizuddin Razak yang juga Pengerusi Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM), beliau mengkritik beberapa universiti yang memonopoli pentadbiran kempimpinan mahasiswa.

Kataya lagi, adanya unsur-unsur menopoli dari pentadbiran untuk mengawal kabinet pelajar dimana ada calon Pro Mahasiswa tidak dilantik.

“Kita masih melihat adanya unsur-unsur manopoli dari pihak pentadbiran. Seperti di kabinet UPSI, calon pro mahasiswa turut memenangi dengan jumlah yang besar walaubagaimanun yang dilantik semuanya dikalangan aspirasi,” menurutnya.

Beliau menambah, perubahan kali ini juga dilihat sebagai keberanian para mahasiswa untuk memilih calon-calon luar dari aspirasi serta mereka turut mengikuti perkembangan arus.

“Kita jangkakan ada perubahan yang besar pada pilihanraya kampus kali ini dimana para mahasiswa telah berani memilih calon-calon dari Pro Mahasiswa,” katanya lagi.

Monday, October 27, 2008

Siswi UPM dakwa diskriminasi isu kolej






Belum reda isu pembuangan kolej dua mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM) - mereka mendakwa layak tinggal di asrama kerana cukup merit tetapi disingkirkan kerana menganggotai Persatuan Mahasiswa Islam (PMI).

farhana pelajar upm 221008"Rakan kami, ketua aras blok Lekir, yang terlibat dalam pengiraan merit memberitahu kami merit kami mencukupi dan masih ada lain yang lebih rendah meritnya tetapi layak untuk tinggal di kolej," kata Nor Farhana Farzieana Azmi (kiri) dan Nur Shafiqa Mohd Ali dalam satu kenyataan bersama.

Tambah mereka, menurut seorang felo blok di Kolej Tun Perak, "merit kami memang mencukupi untuk terus menginap di kolej dan kami diberitahu bahawa kami terpaksa dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu iaitu kerana kami merupakan ahli PMI".

Rabu lepas, PMIUPM mendakwa barisan pemimpin dan ahlinya menjadi mangsa penyingkiran sistematik universiti itu dari kolej-kolej kediaman.

shafiqa pelajar upm 221008Presidennya Mohd Safwan Ab Ghani berkata, sejak tiga tahun lepas, mereka "dibuang kolej beramai-ramai tanpa sebab yang munasabah."

"Kami tertanya-tanya apakah salah kami sehingga kami dilayan sebegini buruk. Apakah dosa kami sehingga kami dinafikan hak dan didiskriminasikan oleh pihak pengurusan kolej dan universiti."

Nor Farhana Farzieana, seorang exco PMI, dan Nur Shafiqa (kanan), ahli persatuan itu serta bekas exco Majlis Perwakilan Pelajar UPM, yang dibuang pada 15 Oktober, dibenarkan kembali ke kolej seminggu lepas itu.

UMP-Kebebasan Bersuara Kunci perlaksanaan Demokrasi Matang


UMP-Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

* Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
* Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
* Rakyat diberi hak mengundi
* Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
* Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
* Kebebasan persatuan
* Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
* Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik


Berdasarkan maksud serta penjelasan terperinci diatas ingin penulis 'highlight'kan berkenaan kebebasan bersuara,akhbar dan berpesatuan.Sudah menjadi sesuatu yang normal bagi negara-negara yang mengamalkan demoksrasi sejak sekian lama.Kebebasan bersuara dikalangan rakyat di Amerika sudah lama diamalkan dengan meluas.Rakyat bebas mengkritik mana-mana pemimpin yang dilabel melakukan kesalahan atau prestasi yang tidak memberangsangkan.Di Malaysia,sejak era Abdullah bermula tahun 2004 yang lalu,kebebasan bersuara dan media sudah mula diperkembang sedikit demi sedikit.Rakyat juga bebas mengkritik tingkah laku pemimpin-peminpin politik yang kurang menyenangkan disamping penghasilan penulisan surat khabar secara pelbagai dan meluas.

Mahathir juga tidak ketinggalan mengkritik pimpinan kerajaan dalam beberapa hal-hal berkaitan dasar-dasar utama negara.Kes Jambatan 2nd Link antara Singapura-Johor Baharu.Isu kepimpinan MAS,Proton dll.Saudara ,tidak dinafikan pengaruh orang berpengalaman mentadbir kerajaan selama lebih 20 tahun seharusnya harus digunakan sebaiknya.Kritikan-kritikan Mahathir seharusnya tidak di ambil mudah dalam merangka penjanaan ekonomi negara.Amatlah malang sekiranya nasihat serta kritikan membina dikalangan orang yang lebih berpengalaman tidak diambil peduli.Kesannya kita boleh lihat dalam situasi ekonomi dan politik sekarang.

Begitulah juga halnya keadaannya di UMP ,kehadiran Naib Canselor baru UMP yang sering membawa serta menggalakkan kebebasan bersuara dan kebebasan pandangan dikalangan seluruh warga UMP merupakan suatu lagkah terbaik dan populis bagi memastikan UMP juga tidak ketinggalan dalam mengamalkan konsep demokrasi matang.Dasar keterbukaan yang diamalkan Daeng Prof.Dato' Dr Daeng Nasir Ibrahim sememangnya disambut baik oleh warga mahasiswa UMP khasnya.

Langkah ini juga harus dipupuk dikalangan serta diamalkan secara progresif dikalangan kepimpinan MPP dan seluruh persatuan di UMP agar demokrasi segar dapat dicapai dan menjamin masa hadapan yang lebih gemilang bagi mahasiswa UMP kelak.Sikap keterbukaan dalam menerima pandangan,nasihat dan kritikan harus diamalkan dengan sebaiknya disamping mencontohi kepimpinan Daeng yg terbuka.

Sememangnya segala dasar ditentukan oleh MT persatuan tetapi ,MT tidak dapat menghalang mahasiswa untuk menyuarakan pandangan dan kritikan mereka.Sudah pasti sekiranya Pemimpin tersebut berada dalam prestasi yang mengecewakan pelajar berhak mengkritik kerana kerusi yang mereka duduki adalah hasil daripada undian sekalian para pelajar.Tanpa undian para pelajar adalah mustahil mereka berada diatas kerusi yang diidamkan.

Sunday, October 26, 2008

Siapa Pengerusi CHEST 08/09 ?


UMP-Tempoh watikah perlantikan barisan MT baru hanya tinggal satu hari lagi dengan menyaksikan warga sekalian mahasiswa CHEST didalam keadaan penuh tanda- tanya siapakah Pengerusi CHEST 08/09.CHEST yang melalui detik-detik kegemilangannya sepanjang tempoh 2008 berkemungkinan besar bakal melalui perubahan pucuk pimpinan apabila ura-ura mengatakan bahawa calon wanita tunggal kerusi umum Siti Nadiah Mustapha kamal bakal menerajui pimpinan MT yang baru.Nadiah yang dikatakan dipilih atas dasar faktor penyatuan sememangnya terkenal dengan lagak bersahaja selain identiti kemelayuannya.
Tidak dinafikan sekiranya beliau terpilih secara rasmi sebagai pengerusi CHEST , sudah tentu ia merupakan sejarah penting penubuhan CHEST.Menjadi Pengerusi wanita pertama sebuah persatuan terulung di UMP.

Berikutan hari watikah perlantikan yang akan diadakan esok, dijangkakan satu mesyuarat pemilihan terakhir akan diadakan pada malam ini bertujuan mencari keputusan terakhir.Jika dilihat dari segi sejarah tokoh-tokoh wanita di Malaysia,tidak banyak tokoh-tokoh wanita yang berjaya membawa angin perubahan.Namun tidak dinafikan juga tokoh-tokoh seperti Wan Azizah yang berjaya membawa Parti Keadilan Rakyat mencapai kejayaan yang gemilang sewaktu PRU 12 mac lalu.Sikap ketabahan Azizah sememangnya sukar dimiliki oleh mana-mana pemimpin wanita lain.

Begitulah juga yang diharapkan kepada Nadiah.Diyakini beliau akan membawa kelainan dalam pentadbiran CHEST dengan penyelarasan sistem rekod dan pemfailan yang lebih tersusun.Disamping penyelarasan tugas MT yang lebih jelas beliau juga diharapkan akan membawa CHEST lebih jauh ke hadapan bukan sekadar jaguh di UMP tetapi dikalangan Persatuan-persatuan universiti di Malaysia seperti Society Petroleum Engineering UTM(SPE).Berdasarkan pandangan penulis adalah CHEST sememangnya hebat dalam penganjuran program-program mega namun CHEST masih kurang hubungan kuat dengan pihak industri dan pihak luar.

Hubungan baik dengan pihak luar terutamanya pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK),Majlis Ugama Islam & Adat Melayu Pahang,Jabatan Kerja Raya Pahang serta syarikat-syarikat multinational harus dijaga dan dikekalkan bagi menjamin masa depan CHEST yang lebih cerah.CHEST wajar mengekalkan dan meneruskan program-program mega seperti K-SAINTIS,SIMBION,MATRESS dll yang banyak membawa impak kepada mahasiswa dan mempopuliskan CHEST itu sendiri dikalangan masyarakat luar.

Selain,memperbaiki hubungan dua hala yang telah dijalin,Nadiah diharap dapat mengambil inisiatif meningkatkan produktiviti CHEST tidak terhad hanya kepada keperluan-keperluan asas FKKSA seperti jaket,baju korporat,safety helmet,but dan lab kot.Jualan gerai harus dipertingkatkan selain menjual souvenier-souvenier atau sticker melambangkan CHEST .Perkembangan ekonomi harus dipertingkat dan mengelak ekonomi yang suram.Tingkat produktivi dan Minima cukai@yuran!

Jika pimpinan CHEST yang lepas telah memansuhkan yuran keahlian CHEST kerana diyakini ianya dapat mengurangkan beban mahasiswa kesan terhadap kenaikan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak global.

Tingkatkan pertumbuhan ekonomi,perhebat program dan tawaran khidmat kebajikan yang menyeluruh.Elemen inilah yang harus diambil perhatian Nadiah sekiranya beliau ingin mencatatkan nama sebagai Pengerusi wanita pertama yang sukses.Sudah tentulah elemen-elemen ini memerlukan komitmen yang sangat baik dari barisan MT yang ada selain sokongan padu MT terhadap kepimpinan beliau.

Menerajui persatuan yang sedang dalam momentum yang meyakinkan sudah tentu bukan kerja yang mudah.Ianya memerlukan kesabaran ,kekuatan fizikal dan mental selain bijak menhadapi cabaran-cabaran dalaman dan luaran.Oleh sebab itu MT tidak boleh bekerja sendirian.Perlu semngat serta pandangan orang yang lebih berpengalan.Sangat wajar hubungan yang berterusan harus direncana antara MT n mantan bagi menjamin momentum yang kukuh dan mampan.Jangan jadi seperti Pak Lah yang tidak mahu mendengar nasihat bekas bosnya,akhirnya jatuh akibat tekanan dalam dan luar.Rentetan peristiwa ini seharusnya dijadikan iktibar semaksima mungkin kepada MT.

Kelembapan ekonomi dan kewangan di pihak BEndahari UMP sudah tentu akan menyaksikan perlaksanaan program yang lembap dikalangan pelajar pada semester hadapan.Kesukaran mengeluarkan wang pendahuluan serta kesusahan mengeluarkan wang tajaan luar mungkin menjadi faktor utama merencat perkembangan program-program pelajar pada semester hadapan.Justeru , CHEST harus memikirkan solusi terbaik untuk berdepan permasalahan tersebut.Tiada cara yang lebih berkesan selain meningkatkan produktiviti CHEST secara drastik dan berskala besar.Ia dijangka dapat menampung perbelanjaan serta bajet program-program.Jentera-jentera tajaan program harus digerakkan secepat mungkin diawal tahun bagi mngumpul dana kerana kelewatan gerak kerja bahagian tajaan pada tahun hadapan sudah tentu akan mendapat persaingan oleh pihak lain.

Secara totalnya, usaha-usaha yang drastik dan perancangan strategi yang bijak harus direncana Nadiah selain gerak kerja di pihak MT.Program-program merakyatkan ekonomi perlu dipertigkat.Bajet kebajikan yang populis juga harus diketengahkan supaya dapat menarik perhatian serta komitment keseluruhan mahasiswa CHEST agar penglibatan mahasiswa secara maksima.

Mawi Turut Undang Anwar Ibrahim Ke Resepsi Perkahwinan


KUALA LUMPUR: Majlis ‘wedding of the year’ antara juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 27, dengan pelakon, Nora’asyikin Rahmat (Ekin), 29, dikhabarkan akan lebih ‘hangat’ dengan kehadiran tiga tokoh politik tanah air.

Mawi yang dihubungi Harian Metro berkata, memang menjadi impiannya majlis bersejarah itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha, perkara itu masih dalam rangka senarai jemputan orang kenamaan dan belum ada perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan majlis.

“Pada dasarnya tujuan jemputan ini bagi memenuhi impian saya. Apapun, bukan mereka bertiga (Pak Lah, Anwar dan Nik Aziz ) saja diundang tetapi orang kenamaan lain turut dijemput seperti Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein serta Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusof Noor.

IF DARWIN HAD KNOWN ABOUT DNA



Too small to be seen with the naked eye, DNA serves as the data bank of our cells. Information about all the living things around you is concealed within this miniaturized data bank inside every cell of every organism. All the structural characteristics of a rose, an orange, a sparrow, a tiger or a human being are present in the nuclei of the cells that comprise these organisms. Look at your hand that is holding this book. These data stores exist in the nucleus of every single one of the cells that compose that hand.

These DNA molecules are invisible to the naked eye but in terms of their contents and data-storage capacity, they are equal to a library consisting of tens of thousands of books. As you observe the miraculous aspects of DNA, which we can be seen only by magnifying it thousands of times, you will also appreciate how such this minute essential component of life places the theory of evolution in an insuperable quandary. Examining the details of this extraordinary structure will give you the opportunity to ponder the infinite might, incomparable knowledge, scope and dominion of our Lord, Allah (God) and the universe He has created.

However, at the time when Darwin launched his theory, the level of science was extremely backward. Not even the basic structure of the cell had been revealed, let alone the discovery of the helix structure and data capacity of the DNA molecule, which James Watson and Francis Crick revealed nearly 100 years after the publication of Darwin’s book The Origin of Species. Darwin had no means of foreseeing the advances that molecular biology would subsequently make. Clearly, his theory of evolution built on fundamentally flawed knowledge and hypotheses cannot account for the existence of a structure like DNA, which amazes scientists.

KEUTAMAAN MEMILIH PASANGAN TIDAK MEROKOK


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Friday, October 24, 2008

CHEST:KEPUTUSAN PRC 08/09

UMP-Pilihanraya majlis tertinggi chemical engineering society 08/09 telah berlangsung semalam dimana berlaku persaingan sengit antara 7 orang calon umum untuk merebut 5 kerusi yang dipertandingkan.bagi peringkatkerusi program pula program BKC mencatatkan 3 orang calon menang tanpa bertanding MUHAMMAD ILHAM BIN MISKON ,SITI HAZWANI BT MOHD TAHIR dan SUHAILI BINTI SABDIN.Bagi program BKG MOHD ROSLAN BIN MAAROF menerajui jumlah undi tertinggi sebanyak 101 undi diikuti MUHAMMAD ZAKWAN BIN A.RAZAK sebanyak 99 undi manakala NURHAFIZAH BT ABDUL RAZAK terpaksa akur tewas sebanyak 84 undi.Bagi program BKB dimana berlaku persaingan antara 3 orang calon wanita kesemuanya dimana NUR ATIQAH BINTI NORHALIM menerajui jumlah undi sebanyak 122 undi,diikuti SITI AISYAH BT YAHYA sebanya 121 undi sementara ANASHAHIRA BT MOHAMAD tersingkir dengan undi sebanyak 91 undi.Sementara bagi kerusi DKK hanya 1 kerusi dipertandingkan dan MAH KAH HONG selaku satu-satunya calon yang bertanding menang tanpa bertanding.
Pada tahun ini berlaku persaingan yang sengit dikalangan calon-calon umum yang bertanding dimana beza undi adalah terlalu sedikit dan calon tunggal wanita bagi kerusi umum iaitu SITI NADIAH BINTI MUSTAFA KAMAL mencatatkan jumlah undian tertinggi sebanyak 498 undi,diikuti MUHAMMAD HAIDAR BIN HUSSIEN 491 undi,TALHAH-ABDULLAH BIN AMIR 483 undi,MOHD IRWAN SHAH BIN MD ZAIN 475 undi dan ABU ZAR BIN CHE AZIMI 415 undi.Sementara dua calon yang tersingkir ialah MOHD AMIRUDDIN FADZLI BIN MOHAMAD ZAINI sebanyak 407 undi dan MOHD SHAFUIDDIN BIN SHAFIE sebanyak 381.

Pengiraan undi berlangsung selama 5 jam berikutan beberapa masalah teknikal dan menyebabkan undi terpaksa dikira semula oleh pihak SPR.Turut hadir sewaktu pengumuman dibuat adalah Prof .Madya Zulkifli Hassan selain turut dihadiri barisan mantan CHEST 07/08.

Sunday, October 12, 2008

Mahasiswa UMP Usah Gentar!

Mutakhir ini pelajar disajikan dengan pelbagai permasalahan di UMP.Ini merangkumi permasalahan pokok yang sering dihadapi pelajar baik dari segi pengurusan atasan mahupun pengurusan bawahan.Dalam hal ini,saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan serta pencarian titik pertemuan kearah penyelesaian terhadap masalah ini.Justeru, barisan calon MPP UMP harus mengambil perhatian terhadap luahan rasa rakyat UMP agar masalah yang akan dibincangkan nanti dapat diselesaikan dengan segera.

Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan duit.Itulah kata-kata keramat yang sering kita dengar.Jadi permasalahan pokok yang ingin dibincangkan adalah berkenaan Konflik Pengurusan Bendahari UMP.Saudara,konflik ini sudah mula dirasai sejak sebelum permulaan semester 1 08/09.Bermula dengan kegagalan dengan program SIEV 08 untuk mengeluarkan wang dari bendahari UMP.Walaupun tambahan peruntukan sebanyak RM5000 sudah diluluskan oleh pihak JHEPA, namun pelbagai alasan diberikan.Apabila ditanya,pihak JHEPA mengatakan segala dokumen telah dihantar ke Bendahari dan pihak pengurusan SIEV 08 boleh 'update' dengan pihak Bendahari.Setelah itu,pengurusan SIEV 08 pula 'update' kepada pihak Bendahari.Mereka memberikan alasan pihak JHEPA kamu tidak ada duit..????.Pelik tapi benar???Pengurusan SIEV08 terus keliru walaupun berulang-ulangkali 'update'.Ada sahaja alasan lain yang diberikan.


Cuba saudara bayangkan rombongan anda hendak 'fly' ke sarawak tetapi masalah kewangan menjadi penghalang.Nasib baiklah wang tajaan dapat dikeluarkan.Itu pun setelah dirayu berkalai-kali.Sedang wang peruntukan tambahan terus sahaja dilupakan oleh pihak Bendahari tanpa sebarang maklum balas.Akhirnya jawatankuasa SIEV 08 terpaksalah meminjam duit kepada pihak-pihak individu serta mengeluarkan poket sendiri untuk menampung kos.Kasihan tetapi itulah realitinya.Ada juga yang terpaksa tukar tempat penginapan kepada yang lebih murah.Sehingga tempat penginapan tiada air pun ada.Begitulah kisah program SIEV 08 yang menjadi mangsa keadaan.

Saudara,kisah yang saya paparkan tadi adalah hanya satu contoh.ada banyak lagi contoh permasalahan yang berkait dengan pihak Bendahari UMP.Lihat saja untuk 'claim' CHEST kepada Bendahari UMP.RM 3000(wang kelulusan JHEPA & tajaan) juga masih belum selesai walaupun program Simbion sudah hampir tiga bulan berlalu.Matres 08 juga menghadapi perkara yang sama.SAudara,cuba anda bayangkan hampir setiap program pada semester ini ,pihak pelajar terpaksa menggunakan wang sendiri.Siap ada yang pinjam dengan pensyarah pun ada.sampai sekarang belum bayar-bayar lagi.Saudara,jika realiti ini berterusan saya yakin pada masa mendatang pelajar UMP akan lebih pasif disebabkan konflik negatif pihak Bendahari ini.Program penganjuran pelajar terus merudum ,kuasa beli pelajar terhakis,pelajar semakin lebih berminat tidur di bilik daripada berprogram ,pihak kafeteria sudah tidak percaya lagi berkenaan tempahan pelajar,penceramah juga sudah tidak mahu bertandang ke aktiviti pelajardan sebagainya.Ini merupakan kesan jangka pendek & panjang yang bakal kita hadapi kelak.

Saudara,ingin saya perjelaskan sedikit pandangan saya,UMP mempunyai pelajar sekitar jumlah 5000 orang.Setiap semester kita membayar RM 50 setiap pelajar bertujuan sebagai wang aktiviti pelajar menjadikan jumlah kasar RM 250,000.Ini belum lagi peruntukan dari Kementerian kepada Universiti untuk aktiviti pelajar.Juga belum termasuk sumbangan oleh pihak-pihak swasta @ persendirian kepada Universiti untuk aktiviti pelajar.Saudara,kemudian cuba saudara semak jumlah wang kelulusan kesemua program kelab persatuan.Saya tidak mahu maklumkan,tetapi saudara boleh semak sendiri.
Saudara,pelajar sebagai kelompok rakyat terbesar di UMP seharusnya diberikan perhatian lebih oleh pihak atasan.Pelajar umpama anak yatim di sini.Tiada ibu bapa disini.Justeru atas kemiskinan kita ini tanpa ibu ayah kita mengharapkan perhatian yang lebih oleh pihak atasan.Lihat sahaja bagaimana mahasiswa di sini dilayan seperti murid-,murid di sekolah rendah.Saya tidak kata kesemua pihak @ jabatan.Tetapi sebahagian.

Mungkin saudara boleh menilai sendiri berdasarkan pengalaman sendiri.Kalau kita melihat Universiti di luar negara khasnya di England.Mahasiswa di sana dilayan sebagai seorang 'customer' @ rakan kongsi.Tiada istilah '2nd class' bagi pelajar.Mereka dilayan samarata dengan penuh profesional.
Bukan saya mengagung-agungkan tetapi kita harus sedar.Lihat saja impian UMP ,menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia & berjenama.Bagaimana kita nak mencapai target itu,andai perkara kebajikan & suara pelajar disekat.Bagaimana kita ingin mencapai andai kita terus dianggap sebagai rakyat '2nd class' di UMP.Memang benar usaha yang panjang perlu dilakukan untuk merealisasikan 'target tersebut' tetapi ia memerlukan komitment dari semua pihak & jabatan.Ia memerlukan kesefahaman di setiap Jabatan dan persatuan.Lihat sahaja diawal kisah saya ceritakan tadi.Tidak wujud kesefahaman antara JHEPA & Bendahari.Masing-masing ingin mempertahankan & selamatkan periuk nasi masing-masing.Sedangkan anak yatim (pelajar) yang jadi mangsa.


Saudara, sekarang kita sudah berada di penghujung tahun 2008.Hampir setiap persatuan sudah merancang membuat AGM.Bagaimana kita ingin 'resign'dalam keadaan yang selesa andai kita masih belum dapat menutup akaun persatuan disebabkan masih ada wang kita yang ,masih belum di'claim'.Hutang juga belum dibayar.Sudah tentu ini menimbulkan keserabutan dalam pengurusan persatuan masing-masing.

Saudara,sekarang kita akan menghadapi Pilihan Raya Kampus PRK dalam minggu ini.Dalam keadaan situsasi ketidakstabilan ini kita memerlukan pemimpin MPP yang benar-benar mampu membawa suara pelajar.Mahasiswa memerlukan pemimpin yang luar biasa bukannya yang biasa.Pemimpin yang mampu berdebat dan mampu membela nasib serta kebajikan rakyat UMP bukan pemimpin yang sekadar melengkapkan taqwim tahunan.Bukan juga pemimpin yang sekadar 'Pak Turut'.Hanya mengiyakan semua dasar-dasar pihak atasan.Tidak dinafikan ada juga dasar-dasar yang baik dan itu perlu diteruskan.Tetapi dasar-dasar yang negatif dan berat sebelah harus ditentang dengan sebaiknya.MPP harus menaikkan posisi mahasiswa sebagai rakan kongsi daripada 'rakyat 2nd class'.MPP harus lebih progsesif dan lantang.Usah hanya kerana ugutan kita mudah menyerah kalah.Tindakan yang lebih drastik perlu dilakukan untuk menggantikan tindakan yang terlalu berhati-hati.Lihat sahaja permainan bola sepak.Permainan yang terlalu berhati-hati cukup membosankan tanpa gol.Jangan terlalu 'play safe'.Tetapi harus kadang-kadang menyerang'counter attack'tindakan drastik yang selalunya menghasilkan gol.Lihat corak permainan di Liga EPL yang laju dan pantas yang cukup menghiburkan.


Saudara,justeru sempena PRK nanti saya mohon kepada barisan calon MPP agar anda menanamkan 'aim' untuk cuba sedaya mungkin untuk membawa dengan sebenar-benarnya suara majoriti nrakyat ump iaitu suara pelajar.Menaikkan institusi badan persatuan pelajar seterusnya menaikkan taraf pelajar supaya tiada lagi istilah '2nd class' di UMP.MPP harus berani dan progresif.Lantang dan populis.Berjuang habis-habisan mengembalikan hak pelajar.Wang amanah pelajar harus dikembalikan kepada pelajar secara menyeluruh.Wang pelajar harus diguna sebaiknya tanpa disalahguna selain aktiviti pelajar.


Saudara,MPP harus beringat,jangan hanya lantang sewaktu manifesto tetapi penakut jika berhadapan dengan pihak atasan.Gah dengan tema macam-macam.Manifesto juga tidak kurang hebatnya tetapi apabila sudah jadi MPP hanya mengikut jadual tahunan dan kurang sensitiviti terhadap luahan rakyat.MPP mesti perjuangkan kebajikan pelajar serta suarakan yang benar & tolak yang batil tanpa keraguan.Kebenaran mestilah disuarakan walaupun pahit.Sekian sahaja,UMP kearah universiti kebajikan!!!.

Wednesday, October 8, 2008

Najib akan bawa bencana - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER (SK) - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim percaya bahawa negara akan terjerumus ke dalam bencana yang besar sekiranya negara ditakbir oleh seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Tun Razak.

Menurutnya, Timbalan Presiden Umno itu akan menerus agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sedemikian bagi memperbetulkan salah lapor kenyataanya didalam akhbar Sinar Harian yang membelitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan di Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.

Sinar Harian hari ini memutar belitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan bahawa beliau percaya Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

“Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam UMNO,” katanya lagi.

Menurut Anwar lagi, Najib tidak menunjukan komitmen bagi memastikan agenda perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah.

“Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan,” katanya lagi.

Pada Pilihanraya Umum, 8 Mac lalu serta Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, jelas Anwar, iaya telah membuktikan rakyat mahukan agenda perubahan dan harus ianya direalisasikan segera.

“Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera,”tambahnya lagi.

Najib, menurut Anwar,yang dikatakan terlibat didalam beberapa kes seperti komisen pembelian peralatan tentera dari perancis dan Russia serta kaitanya didalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu harus menjawab persoalan yang mengaitkan beliau dengan tuduhan berkenaan.

“Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia,”katanya lagi.

Anwar turut memohon agar akhbar berkenaan menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

Antara Anwar dan Najib, siapa akan ke Seri Perdana?

Akhirnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.
Iklan




Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC petang tadi.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010.

Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan.

Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato' Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.

Mendiami Seri Perdana tentunya merupakan antara yang dimimpikan oleh Najib sejak lama dahulu. Dan hasrat itu makin membara tentunya bila Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa.

Pelan peralihan kuasa yang kini dipercepatkan ke Mac 2009, membolehkan Najib memegang jawatan Presiden Umno seterusnya diberikan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Mimpi Najib ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh enam bulan akan datang. Itu pun jika tiada berlaku sebarang halangan dalam tempoh enam bulan ini.

Tempoh enam bulan akan datang tentunya amat mendebarkan Najib kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tersebut untuk menghalang beliau dari mendiami kediaman rasmi Perdana Menteri.

Yang boleh menyekat mimpi Najib dari menjadi nyata adalah jika kerusi Presiden Umno dimenangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang berhasrat bertanding jawatan tersebut pada Mac nanti.

Selain faktor kemenangan Ku Li, faktor pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat juga mampu membuatkan impian Najib terhalang.

Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, bukan hanya impian mendiami Seri Perdana akan terkubur tetapi kemungkinan pelbagai lagi malapetaka akan menimpa bukan hanya Najib tetapi banyak lagi pemimpin Umno yang lain.

Pembentukan kerajaan baru ini amat tidak disenangi oleh pemimpin Umno biarpun ia merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pemerintahan Umno-BN selama 51 tahun.

Biarpun pembentukan kerajaan baru tidak berlaku pada 16 September lalu - tarikh asal yang diumumkan oleh Anwar - tetapi bukan sedikit rakyat Malaysia yang berharap agar BN segera ditumbangkan.

Rakyat Malaysia yang tidak mampu berbelanja sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 utas jam tangan di Hong Kong menunggu dengan penuh sabar Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

Selain Najib, Anwar juga pasti berhasrat untuk berpindah ke kediaman bernilai ratusan juta ringgit itu. Jika tidak mendiami Seri Perdana sekalipun, Ketua umum Pakatan Rakyat itu sememangnya berhajat untuk memiliki pejabat di Putrajaya.

Biarpun ramai yang mengatakan hasrat Anwar dan Pakatan Rakyat mahu menubuh kerajaan baru sebagai sesuatu yang mustahil tetapi ahli parlimen Permatang Pauh tetap yakin BN akan tumbang dalam tempoh terdekat.

Keyakinan Anwar itu membuatkan ramai yang menunggu beliau membuktikan bahawa hasratnya itu bukanlah omongan kosong semata-mata.

Raja Perlis nasihat Dr Asri terus berkhidmat

Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dinasihatkan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail supaya terus berkhidmat sebagai mufti Perlis.

Baginda bertitah demikian sewaktu menerima Dr Mohd Asri mengadap di istana negeri di Arau pagi tadi.

dr mohd asri zainul abidin perlis muftiDr Mohd Asri mengadap baginda berhubung keputusannya untuk bersara lebih awal, walaupun kontraknya hanya tamat Oktober tahun depan.

Kontrak pertama beliau selama dua tahun berakhir bulan depan.

Bagaimanapun, ia disambung selama setahun lagi, sehingga Oktober tahun depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Dr Mohd Asri berkata, baginda mahu beliau terus bertugas sebagai mufti Perlis kerana berpuashati dengan prestasi perkhidmatannya.

"Baginda juga berkata, saya telah meletakkan satu 'level' yang tinggi kepada institusi ini (mufti)," katanya.

Dr Mohd Asri juga berkata, selama ini baginda telah mendapatkan gambaran yang silap bahawa kontraknya tamat bulan ini.

'Permainan politik'

Oleh itu, katanya, sekiranya beliau mahu terus berkhidmat, bagi baginda bersedia menitahkan supaya kontraknya diteruskan.

Bagaimanapun, katanya, baginda menyerahkan kepada beliau untuk keputusan beliau sendiri.

"Sekiranya saya berhenti, maka baginda akan mengeluarkan watikah penghargaan terhadap perkhidmatan saya (di Perlis)," katanya.

Diminta sama ada beliau akan menimbang nasihat baginda itu, Dr Mohd Asri berkata keputusannya untuk berhenti adalah muktamad.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menimbang permintaan baginda supaya beliau melanjutkan sedikit lagi tempoh perkhidmatannya.

Semalam, Dr Mohd Asri mengumumkan akan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” kata kepada Malaysiakini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Dr Mohd Asri yang juga bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata, beliau akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.

Selepas itu, katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.

Pak Lah tidak tanding presiden, letak jawatan PM Mac

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

bn supreme council abdullah announcement 081008 04Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan perdana menteri pada pertengahan 2010.

Elak Umno, BN berpecah

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah.

"Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar," katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.

bn supreme council abdullah announcement 081008 03Menurut Abdullah, tempoh tamat jawatannya sebagai presiden Umno ialah Mac tahun depan.

Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno.

Perdana menteri juga menegaskan bahawa keputusannya itu adalah muktamad.

"Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Pilihanraya umum lalu

Abdullah juga mengakui bahawa beliau "tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu".

Dalam pilihanraya Mac lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. BN juga kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang - Pakatan Rakyat.

bn supreme council abdullah announcement 081008 02Mengulas lanjut, Abdullah berkata, para pemimpin BN menyambut baik Najib sebagai pengganti beliau.

"Apa yang mereka lahirkan itu, adalah pandangan mereka sendiri. Saya fikir saya mendapat sokongan dalam membuat keputusan ini," tambahnya.

Abdullah berkata, beliau akan melaksanakan tiga inisiatif sebelum menyerahkan tugas kepada penggantinya.

Tiga inisiatif itu ialah penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman, suruhan pencegahan rasuah Malaysia, suruhanjaya aduan khas bagi mengukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Perpaduan kaum

Mengenai perpaduan kaum, Abdullah berkata, ianya kini berada dalam keadaan yang merosot.

"Saya akan mengadakan konvensyen BN awal tahun depan. Saya serius dan komited untuk mencapai apa yang akan dilaksanakan

"BN masih sebuah kerajaan yang kuat sehingga pilihanraya yang akan datang," tambahnya. Teks lengkap pengumuman PM

Apabila Abdullah bersara pada Mac 2009, beliau menjadi salah seorang perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat - selama lima tahun lima bulan.

bn supreme council abdullah announcement 081008 01Perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang meninggal semasa berkhidmat pada tahun 1976, mentadbir selama lima tahun empat bulan.

Manakala perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, pula meletak jawatan pada 1981 atas sebab-sebab kesihatan, selepas berkhidmat selama lima tahun enam bulan dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, ada kemungkinan Abdullah akan terus menjadi perdana menteri beberapa bulan lagi, walaupun selepas tamat tempohnya sebagai presiden Umno.

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika mengambil alih kuasa, Abdullah mendapat sokongan besar selepas berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah.

Bagaimanapun, Abdullah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004.

abdullah badawi supporter pwtc 081008Sementara itu, ketika mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung, sekumpulan penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.

Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.

Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.

Monday, October 6, 2008

Antara kesempitan perkauman & keluasan prinsip islam

Sejak kebelakangan ini tepikan slogan membela bangsa kedengaran hebat sekali. Soal warisan bangsa, semangat dulu kala dan cerita datuk nenek lama dibangkitkan semula. Keris yang disimpan mungkin ada yang ingin kembali menciumnya, sirih pinang mungkin ada yang ingin kembali mengunyahnya, zapin dan joget mungkin ada yang ingin kembali ditarikannya.

Terpulanglah, namun apa yang perlu diingat, perjuangan bangsa itu jauh lebih sempit dari perjuangan membela prinsip Islam yang bersifat sejagat lagi adil untuk semua. Tidak salah perjuangan ingin menolang bangsa sendiri. Namun adalah salah jika ia bertukar menjadi semangat perkauman yang boleh membawa kepada dizalimi pihak yang lain.

Nabi s.a.w sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun baginda juga memberikan amaran kepada sikap ‘asabiyyah iaitu perkauman atau berpuak yang membawa kepada kezaliman. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban.

Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa cina tidak mungkin dapat menjadi melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa india tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi cina.

Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang berbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana, seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.

Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukan azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Maka perjuangan yang hanya terhad untuk membela sesuatu bangsa cuma, amatlah sempit dan terbatas. Ia perjuangan yang tidak dapat dikongsi kebaikannya oleh kaum yang lain sekalipun keadaan mereka sama.

Umpamanya, perjuangan untuk membela fakir miskin bangsa tertentu tidak dikongsi kebaikannya oleh bangsa yang lain, sekalipun kemiskinan mereka itu sama. Bahkan kadang-kala ia boleh bertukar menjadi perkauman yang amat sempit dan mengorbankan berbagai pihak atas sentimen kepuakan.

Namun jika kemiskinan cuba dilangsaikan atas nama prinsip Islam, sesiapa saja yang miskin ada hak yang boleh diperolehi sedekah Islam –temasuk dari zakat wajib dan wang baitul mal- walau siapapun keturunannya, bahkan walaupun berbeza agama, selagi dia seorang miskin.

Di sudut ikatan nasab pula, seorang cina atau melayu atau india tidak boleh menjadi arab, tetapi mereka boleh menjadi Islam. Apatah lagi, prinsip-prinsip Islam itu mementingkan keadilan tanpa pernah mengenal batasan warna kulit, rupa dan kedudukan.

Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).

Maka, orang melayu jika mereka hendak mulia, bukanlah dengan inang dan zapin, atau mak yong dan joket, tidak juga institusi raja atau adat, tetapi menegakkan prinsip-prinsip Islam yang tulen.

Bukan bererti saya menyeru agar dihapuskan identiti kaum, adat dan budaya mereka. Tidak! Sama sekali tidak! Jika adat dan budaya tidak bertentangan dengan Islam boleh diteruskan. Namun, kemuliaan insan yang hakiki tidak dapat dicapai hanya di atas semangat puak atau bangsa, sebaliknya dengan menjunjung prinsip-prinsip Islam.

Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).

Kata al-Imam Qatadah al-Sadusi (meninggal 118H) lebih seribu tiga ratus yang lalu kepada orang arab: “Dahulunya bangsa arab ini manusia yang paling hina, paling buruk kehidupannya, paling sesat, paling kurang pakaian dan paling lapar. Dicengkam antara dua singa; Parsi dan Rum.

Demi Allah! Tiada di tanahair arab apa yang memboleh orang lain iri hati kepada mereka. Sesiapa yang hidup di kalangan mereka, hidup dalam keburukan dan yang mati pula, binasa dan dibuang ke dalam api. Mereka dimakan, mereka tidak memakan.

Demi Allah! Kita tidak tahu adanya bangsa di bumi ini pada masa itu yang paling rendah dan lekeh daripada mereka. Sehinggalah Allah membawa Islam kepada kamu (wahai orang arab!). Allah bekalkan kepada kamu al-Quran, Dia membuka kepada kamu bumi jihad, Dia meluaskan untuk kamu rezeki, Dia jadikan kamu memerintah manusia.

Dengan Islamlah Allah berikan kepada kamu apa yang sedang kamu lihat. Bersyukurlah terhadap nikmat-nikmatNya kerana tuhan kamu pemberi nikmat yang sukakan mereka yang bersyukur. Mereka yang bersyukur pula sentiasa mendapat tambahan”. ( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari –tahziban- 2/349, Damsyik: Dar al-Qalam).

Sebelum itu, saya selalu ulangi apa yang ‘Umar bin al-Khattab ucap ketika membuka Baitul Muqdis, setelah umat Islam berjaya membebaskan kota suci itu: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri.

Orang lain berpolitik secara seni yang akhir mengaut untung untuk dibahagi sesama mereka. Sementara kita bertarung bermati-matian sesama sendiri sekalipun sehingga tergadai negeri dan kota. Kedengkian sesama sendiri, melebihi cemburu kita kepada ‘orang lain’.

Ada pula yang diberi amanah, negara dijadikan modal untuk kocek sendiri, anak menantu dan juga segala macam kroni. Sementara yang hendak membaiki, ada pula yang sanggup menanggalkan prinsip perjuangan kerana melihat ‘kerusi idaman’.

Begitulah kita seadanya. Silap hari bulan, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Mungkin kita mempunyai kejayaan menjadi bangsa yang memliki ‘penagih dadah yang teramai’, ‘pengidap HIV AIDS yang terbanyak, berjaya memenuhi semua jawatan mat rempit dan mat lepak dan segala macam kedudukan yang bangsa lain dalam negara ini kosongkan agar dapat kita penuhi tanpa persaingan. Itulah realitinya, suka atau tidak!

Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhanraya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka.

Mereka juga kadang-kala yang menindas sesama bangsa kerana kepentingan kocek sendiri, kemudian apabila datang muncul berkempen mereka berlagak menjadi pejuang bangsa, bahkan agama. Siapa yang menjadi “ali baba?”, ”siapa yang menjual tanah melayu?” siapa yang mendiskriminasi sesama melayu? Sebahagiannya, mereka inilah.

Sementara melayu yang menggunakan nama Islam pula, ada yang hanya menjadikannya modal kempen. Hari ini prinsip-prinsipnya pun sudah mula luntur. Dulu ada yang bukan main ekstrim sehingga saya pun diserang dan dituduh longgar. Hari ini ada di kalangan penceramah yang sedemikian yang kelihatan bukan sahaja longgar, tapi mungkin boleh terlondeh. Ada juga di kalangan semua itu yang benar-benar jujur, saya tidak nafikan.

Saya katakan; masa depan orang melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Penafsiran terhadap Islam ini hendaklah bebas dari kepentingan kerusi, parti, bangsa, puak, mazhab, aliran dan segalanya. Hanya Islam yang tulen, seperti mana hari ia diturunkan oleh Allah. Itulah penyelamat arab zaman dahulu, dan itulah penyelamat melayu!

Bukan Islam ala melayu yang mewajibkan Marwan bin Ah Seng mengubah nama bapa kerana bapanya cina dan Ah Seng bukan nama arab. Tetapi dapat pula menerima Marwan bin Awang, kerana Awang bangsa melayu sekalipun Awang bukan nama arab.

Bukan yang sibuk dengan orang lain hendak menggunakan nama Allah –pada hal Allah mengizinkan-, tetapi tidak pula sibuk membaiki penerangan akidah.

Bukan yang hanya meletakkan nama Islam untuk politik, tetapi gagal mengislamkan lidah ketika berkempen politik.

Bukan hanya yang menggunakan nama Islam untuk mengutip zakat, tetapi melupai amanah Islam dalam membahagikan zakat.

Begitulah seterusnya. Islam tulen, seperti zaman salaf dalam akidah dan ibadah, dan melihat keluasan agama dalam urusan umum kehidupan. Islam yang akan menjadikan kita umat dakwah dan pembawa risalah keagungan agama, bukan yang hanya memikir pembinaan bangunan tetapi membiarkan keruntuhan akidah dan akhlak.

Seperti kata al-Nadwi yang selalu saya ulangi: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).

Seperti orang arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah.

Dr Asri bersara mengejut mulai Nov?

Ada "kemungkinan besar" Oktober menjadi bulan terakhir bagi tokoh agama terkenal Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkhidmat sebagai mufti Perlis.

Dr Mohd Asri berkata, beliau mungkin akan bersara lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya apabila kontraknya dijadual tamat Oktober tahun depan.

"Ini mungkin bulan terakhir bagi saya (sebagai mufti Perlis)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri diminta mengulas desas-desus beliau akan meletakkan jawatan lebih awal sejak berkhidmat sebagai mufti mulai 2006.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana keadaannya yang "tertekan."

Diminta mengulas lanjut tekanan itu sama ada tekanan politik, beliau enggan menyatakannya.

"Nanti saya akan cerita lain," katanya.

Bagaimanapun laporan-laporan di internet menyebutkan beliau tertekan akibat politik susulan sikapnya yang lantang dalam beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Dr Mohd Asri enggan mendedahkan tindakannya selepas bersara sama ada kembali bertugas sebagai pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sementara itu, di ambang peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak tahun depan, Dr Mohd Asri mengulas tentang tanggungjawab orang Islam memilih pengganti yang berwibawa.

Menulis di blognya semalam, beliau berkata, rakyat dan pemimpin mesti memastikan bahawa "jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat tidak jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak".

"Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas," tulisnya.

Menurutnya lagi, menjadi pengganti pemimpin Islam merupakan perkara besar dan jawatan itu "bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja."

Sunday, October 5, 2008

UMAT ISLAM PERLU BERANI TEMPUH CABARAN MASA KINI - Anwar

Umat Islam perlulah lebih berani, yakin dan sabar untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang dalam era globalisasi kini tegas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam Perutusan Eidulfitrinya baru-baru ini.

Menurut beliau, bulan Ramadan sentiasa mengajar umat Islam betapa kesabaran menjadi tunjang utama kepada kejayaan yang sebenar dan memperkukuhkan lagi kekuatan roh dan jiwa manusia.

“Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksaan adalah kunci utama untuk mengecapi kejayaan jadi janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir,” katanya.

Ramadan, katanya, pastinya mengingatkan kepada kisah Pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah).

“Kejayaan Rasulullah s.a.w. yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah s.a.w. dengan wakil kaum Quraisy,” katanya.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut, kata Anwar lagi, namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah s.a.w. di dalam menerima perjanjian tersebut.

“Rupa-rupanya jalan kemenangan sudah jelas nyata. Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”

“Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan usaha dakwah terlaksana,” katanya lagi.

Menyentuh perubahan yang diusahakannya, Anwar berkata, perubahan yang ingin KeADILan laksanakan adalah sesuatu yang benar dan mempunyai tapak yang kukuh bukan hanya bercakap kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan.

“Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya satu budaya sahaja. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api perkauman dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah ’siapa yang menyemai angin akan menuai badai’,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, katanya pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak holoba sesetengah pemimpin sekarang.

“Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh hanya ada di kalangan sesetengah orang sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, ekonomi yang dibangunkan bukanlah untuk kepentingan diri sendiri tetapi adalah untuk kepentingan semua pihak.

Anwar juga berkata dalam menyambut Syawal pula kita hendaklah sentiasa menyambutnya dalam kesederhanaan tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan.

“Syawal merupakan bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah.”

“Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan,” katanya lagi

Dengan memulakan ucapan Perutusan Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya mewakili keluarganya dan segenap lapisan kepimpinan serta akar umbi KeADILan, Anwar mengakhiri perutusannya dengan berkata “InsyaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran, ‘ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)’.”

Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim

Selasa, 30 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.

Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulaskan oleh para ulama, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:

Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,
Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.

Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut. Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.

Rakan-rakan sekalian,

Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”

Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.

Rakan-rakan sekalian,

Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)”

Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Antara kuda hitam, kambing hitam, biawak hitam dalam Umno

Kehangatan dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Umno membayangkan kemungkinan besarnya, Abdullah akan mengundurkan diri dan pastinya Najib menjadi Presiden juga Perdana Menteri baru.
Iklan




Umno memerlukan suntikan kepimpinan baru, bukan sekadar dari mereka yang sekarang berada di kerusi naib presiden mahupun majlis tertinggi.

Selain dari segi imej dan corak, Umno memerlukan pemimpin generasi terkini yang bukan sahaja segar tetapi berwibawa, berbakat besar.

Malangnya dengan sktruktur dan budaya yang ada, mereka yang ramai di luar Umno tidak mungkin berminat malah kalau berminat pun, tidak mungkin terpilih dan awal-awal lagi akan dicantas oleh mereka yang tergugat.

Apalagi kalau calon hebat tetapi tidak mempunyai lubang poket yang cukup sebagai dana 'politik wang' untuk menang dan naik ke tangga atas kepimpinan.

Sudah ada menawarkan diri untuk bertanding. Ada yang dikatakan sebagai 'kuda hitam' yang boleh mengubah senario politik Umno dan negara.

Kita tidak dapat mengelak untuk mengukur peribadi para pemimpin yang mahu menjadi orang kedua dalam Umno walaupun kebanyakan seperti saya, bukan ahli Umno dan tidak menyenangi hampir majoriti kepimpinan Umno yang ada.

Rekod perkhidmatan, kelayakan akademik dan keperibadian sebagai Muslim juga menjadi ukuran dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara.

Tetapi dengan latarbelakang agama juga tidak semestinya calun tersebut akan menjadi pemimpin yang tidak rasuah dan menyeleweng, serta zalim kepada rakyat.

Ada pemimpin yang dahulunya Imam atau ustaz atau hafiz, tetapi apabila berkuasa mahupun ada sedikit kuasa turut sama terbabit dengan aktiviti yang diharamkan dalam islam, semata-mata kerana 'if you cannot beat them, join them' dan matlamat menghalalkan cara!

Dalam senarai mantan Timbalan Presiden Umno yang gagal menjadi presiden pun, kita dapat melihat ketokohan yang digembar-gemburkan oleh media massa kepunyaan Umno tidak lebih sekadar oportunis.

Malah yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri pun tidak semuanya hebat dan berwibawa, terutama Abdullah.

Dulu, kini dan selamanya, untuk naik dalam Umno pun terpaksa memberi sogokan kepada perwakilan yang bakal mengundi. Kalau bertaraf menteri tentunya lebih banyak ruang dan opsyen untuk memberi rasuah.

Ada ketua menteri yang sakan menganugerahkan pingat kebesaran negeri, terutama 'datuk' sebagai membalas budi walaupun tiada jasa individu tersebut untuk negerinya, melainkan sebagai tukang kempen dalam pemilihan naib presiden Umno.

Kesimpulannya ketika ini, selagi berada dalam Umno yang tidak boleh atau mahu berubah dan terus akur mengikut tradisi politik wang, kesemua calun yang dikatakan kuda hitam boleh menjadi kambing hitam sebagai mangsa percaturan untuk kem tertentu.

Manakala berdasarkan perjuangan Umno ketika ini yang semakin mengutamakan survival pemimpin dan golongan elit, sesiapa yang menang pun boleh menjadi seekor biawak hidup hitam buat agama, bangsa dan negara.

Kesimpulannya, orang Melayu dan Islam sukar untuk melihat Umno kembali ke jalan asal dan memerlukan payung baru yang belum rosak hati dan cacat anggotanya.