Thursday, February 5, 2009

Hon iringi sokongan kepada Nizar


kemaskini 11.50pm Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam - dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

kemaskini 11.00pm Ceramah berakhir secara aman dengan bacaan doa. Menteri besar Pakatan itu berucap, sementara beberapa pemimpin atasan gabungan itu tidak berceramah.

Orang ramai diseru bersolat Jumaat esok di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

kemaskini 10.45pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

Kira-kira 6,000 orang berada di kediaman rasmi itu.

kemaskini 9.16pm Kira-kira 2,000 orang berhimpun di kediaman rasmi menteri besar Perak, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Mereka melaungkan "reformasi", "jatuh BN" dan "hidup rakyat" sementara menunggu ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat mulai jam 10 malam ini.

Mesyuarat barisan pemimpin atasan gabungan pembangkang itu petang tadi memutuskan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.

kemaskini 8.45pm Tokoh lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai "babak-babak yang memalukan."

Menulis di blog peribadinya awal malam ini, ahli parlimen Gua Musang berkata hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat itu - pillihanraya negeri atau usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Menjatuhkan dan menaikkan sesuatu kerajaan dengan cara-cara lain adalah bertentangan dengan Perlembagaan, menghakis kedaulatan undang-undang dan membawa risiko membentuk sebuah kerajaan yang tidak sah," katanya.

6 comments:

Dyat said...

Mengambil alih kerajaan negeri dengan menarik ADUN... itu adalah tak bermoral.

hmmm...

Jadinya idea mengambil alih kerajaan persekutuan dengan menarik ahli parlimen Sabah & Sarawak itu bermoralkah?

Anwar has to eat his own words.
Tuhan sedang berbicara.

-HAN- said...

soalnye....adalah bentuk kemasukan sangat diragui..melalui 1)penculikan 2)pengguguran kes rasuah 3)habuan wang & jawatan

Berbeza cadangan MP sabah sarawak.

Juz tgk Nasarudin..dlm tempoh 10 ari bole tkr pikiran..what hapen??

-HAN- said...

Pakatan Rakyat always had snap polls in mind when it hoped to attract BN MPs for the Sept 16 deadline.

So the BN defections were only to obtain a vote of no-confidence against the Pak Lah government. Pakatan Perak is now doing the same in seeking a new mandate from the people.

Najib, however, got his defections through the improper means of ‘kidnapping', ‘abduction', corruption charges and whatever other reasons.

When he claims to have a majority, he refuses and avoids a snap election. The reason for this is that he knows he does not have the support of the people.

DSAI knows that he has the people's support and therefore called for defections to Pakatan and for snap polls to confirm his mandate.

Of course BN MPs are cowards and would not risk the little they have to join Pakatan because their seats were ‘bought' or won through dubious means like postal or phantom votes.

So Sept 16 came and went because BN MPs did not have the guts to face the voters.

Dyat said...

Ya betul mungkin cara Pakatan menarik ahli parlimen Sabah & Sarawak untuk murtad BN itu cara yang 'jujur dan suci'... 'juara moral' memang tak dinafikan.

Tapi premis aku adalah: definisi demokrasi apa yang dipakai?

Mengkhianati, mengetepikan dan tidak menghormati langsung keputusan majoriti pengundi.

MP atau ADUN kena faham pengundi mengundi sebab ideologi parti bukan sebab dia sebagai individu.

Kalau tidak, bertanding sebagai calon bebas saja. Dan anda boleh melompat bila-bila masa.

Itu pandangan aku dari sudut pengundi PRU lepas.

Jangankan PR hendak buat boleh tapi BN buat tak boleh. Itu taksub namanya.

Kita PR kan open minded. Tak taksub pemimpin.

-HAN- said...

Percubaan meleset para soldadu tua dan muda yang mendakwa mirip persamaan adegan “lompat” UMNO-BN dengan saranan saya sebelum ini! Dan sepertimana yang dihebah oeh TV3 umpamanya ternyata hambar kerana mempertahankan adegan ala penculikan, rasuah dan ugutan dengan arahan Dato’ Seri Najib.

Pelawaan saya adalah secara terbuka dan sambutan juga harus telus. Tidak ada yang dilari atau disembunyikan dari keluarga sendiri, diugut atau disogok. Kalangan yang memilih untuk menyertai Pakatan Rakyat harus akur dengan agenda perubahan serta menolak kerakusan kuasa dan rasuah.

ANWAR IBRAHIM

Dyat said...

Kalau ADUN aku tukar parti dengan teknik 'pelawaan' aku tetap rasa dikhianati.

ADUN atau MP yang ingin bertindak sebegitu patutnya letak jawatan dan bertanding semula.

Bagi aku ini masanya kita muhasabah,
jangan kita nafikan kita PR pernah bersalah...

Apa yang berlaku di Perak adalah dosa kita. Jangan menjadi narsis.

Wallahua'lam.