Friday, January 9, 2009

ISU PALESTIN: SIMBOL PENYATUAN


UMP-Hampir 2000 pelajar dan juga staf menyertai solat hajat beramai-ramai sempena mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat islam Palestin dari kekejaman zionis yahudi laknatullah.Dimulai dengan bacaan khutbah yang disampaikan Ustaz zuridan dengan nada tegas menunjukkan betapa umat islam khasnya di UMP mengkritik dan mengutuk serangan tidak bertanggungjawab Israel ke bumi Palestin.


Diteruskan dengan solat hajat selepas solat jumaat.Rata-rata warga UMP mengalir air mata kesedihan sewaktu Imam membacakan Qunut nazilah tanda solidariti yang sangat tinggi dikalangan warga ump.Sebahagian pelajar dan staff tidak dapat menahan kesedihan dengan air mata berlinangan sewaktu solat hajat.Tidak diduga jika selalunya hanya dua saff yang mengerjakan solat hajat selepas solat jumaat tetapi hari ini penulis terkesima dengan semangat serta solidariti yang sangat tinggi oleh sekalian warga ump mencecah 2000 angka manusia yang berjamaah solat hajat.

Kemudian,seluruh warga ump berhimpun berdemonstrasi di hadapan masjid ump dengan moderator oleh pihak UMP.Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis,kemudian diikuti oleh ucapan bersemangan Saudara Suffi selaku YDP MPP UMP .Disaat ucapan berlangsung para pelajar dan staff tidak segan-segan melaungkan takbir diikuti dengan laungan 'Hancur Israel' ,'Hidup Palestin'.Suara-suara lantang serta ngauman bantahan dan kritikan selang ganti berkumandang di hadapan masjid.


Tidak ketinggalan pelajar non-muslim turut serta mendengar ucapan oleh saudara suffi.Sesungguhnya serangan yahudi keatas bumi palestin bukanlah lagi merangkumi hanya isu agama semata-mata tetapi melibatkan pencabulan hak asasi manusia.Kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa disana-sini.Sekolah-sekolah dijadikan sasaran hujanan peluru-peluru berpandu dan hentaman roket dan sama-sama sekali melanggar undang-undang perang PBB.

Di saat teriknya mentari,demonstrasi diteruskan dengan ucapan Naib Canselor UMP, Dr Daeng.Dasar keterbukaan serta kerjasama dari Pihak Jabatan Canseleri kali ini amatlah baik sekali dengan memberi peluang kepada seluruh warga UMP meluahkan kebencian dan kutukan kepada Israel secara demonstrasi aman.Ini selaras dengan pindaan AUKU yang telah dilakukan oleh Parlimen.Beliau mengingatkan kepada pelajar bahawa,demonstrasi ini hanyalah sebahagian sumbangan yang terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan penderitaan yang dialami oleh umat islam Palestin.Beliau menyeru semua warga UMP juga turut menderma kepada rakyat Palestin.Biarlah kita terlepas 'lunch' & 'dinner' hari ini semata-mata mahu menyalurkan sedikit sumbangan wang kepada tabung Air Mata Palestin.Tabung derma dilancarkan dan penulis melihat sendiri bagaimana jumlah nilai wang besar disumbangkan oleh sebahagian warga UMP dimulakan dengan NC sendiri.Jelas sekali warga UMP benar-benar terkesima dan terharu dengan tragedi yang berlaku.Tidak lama kemudian para pelajar dan staf beransur bersurai diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Zuridan.

Saudara,maka jelaslah saudara, seandainya warga UMP diberi kesedaran yang cukup sememangnya tidak mustahil untuk kita bersatu dan menyatakan tentangan kita kepada Rejim Zionis.Di saat kesedaran kita memuncak,jumlah 2000 orang berjamaah solat hajat bukanlah sesuatu yang mustahil.Disaat kesedaran memuncaklah juga kita bersatu hati .sama-sama berteriak dengan sekata menyatakan gelombang kutukan kepada Israil.Isu penjajahan dan pencabulan Bumi palestin sebenarnya telah menyatukan kita semua.

Justeru,adalah tidak mustahil untuk umat islam bersatu.Cumanya terkadang kita kurang usaha memberi kesedaran kepada seluruh umat islam.Isu Palestin juga telah membuatkan Pas ,PKR,DAP, dan Barisan Nasional bersatu hati serta bersedia mengadakan sidang tergempar membahaskan di parlimen.Ini merupakan suatu kerjasama yang erat.Walaupun kita berbeza pandangan tidak semestinya kita tidak bersatu.

No comments: