Thursday, January 1, 2009

UMP,PTPTN LEWAT: KECUAIAN YANG KETERLALUAN


UMP-Agak mengejutkan apabila rakan-rakan saling bertanya kepada saya tentang bilakah wang pinjaman PTPTN akan keluar sedangkan disaat pelajar UMP sedang sibuk bercakap tentang permasalahan ini,rakan-rakan kita di IPTA lain sudah mula menikmati pinjaman PTPTN sejak awal pendaftaran lagi.Agak keterlaluan apabila tempoh yang dimaklumkan terlalu lama sehingga masuk minggu ketiga Januari 2009.

Bermula dengan pengumuman oleh pentadbiran Universiti dengan alasan masalah teknikal yang telah dapat diselesaikan tanpa memberitahu apakah masalah teknikal tersebut,pentadbiran Universiti seolah-olah enggan menjelaskan secara terperinci.Selang beberapa hari barulah memo dikeluarkan oleh pihak mpp beserta penjelasan yang meragukan.Berikut merupakan antara kandungan memo tersebut:

"Seperti semua sedia maklum, PTPTN anda akan dimasukkan ke dalam akaun pada 21 JANUARI 2009. Kelewatan pembayaran PTPTN ini disebabkan beberapa faktor dan juga masalah teknikal yang telah berjaya diselesaikan.

Oleh kerana keputusan peperiksaan untuk semester lepas lewat dikeluarkan dan disahkan oleh Mesyuarat Senat mengakibatkan kemasukan PTPTN juga menjadi lewat kerana pihak pentadbiran Universiti perlu menghantar keputusan anda kepada pihak PTPTN terlebih dahulu sebelum proses pengeditan PTPTN anda dapat dilakukan.

Seterusnya, data yang lengkap beserta senarai mereka yang layak menerima PTPTN akan dihantar kepada pihak PTPTN. Dan kemudiannya barulah proses kemasukan pembayaran PTPTN dilakukan oleh pihak berkenaan.

Sememangnya kerenah birokrasi tidak dapat dielakkan dan jaminan daripada pihak PTPTN, pembayaran PTPTN tidak akan lewat dari 21 JANUARI 2009. Namun begitu, di pihak MPP akan terus memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan terbaru tentang PTPTN dan diharap siswa/siswi sentiasa alert. Sebarang kesulitan amat dikesali".

Alasan yang diberikan agak meragukan.Seolah-olah usia universiti ini baru berusia setahun.Tanpa pengalaman pengendalian sebelumnya.UMP sudah menjangkau 7 tahun dan agak pelik sekiranya masalah seperti kelewatan keputusan peperiksasan dan kelulusan senat itu berlaku.Adakah pihak atasan tidak memikirkan kesannya kepada pelajar.Atas alasan apakah , seharusnya keputusan peperiksaan serta kelulusan senat semestinya lewat.??Itulah yang diragui dan wajar diketahui oleh mahasiswa UMP.

Di saat permasalahan ekonomi global ,dengan keadaan inflasi di tahap terburuk ,apatah lagi disusuli dengan kecuaian perkara diatas sudah tentu pelajar-pelajar menghadapi saat-saat sukar meneruskan kehidupan di UMP.Apatah lagi sekiranya mereka adalah pelajar luar bandar.Dengan keadaan harga getah dan sawit menjunam jatuh di paras keritikal sudah tentu 'duit poket 'pun turut terganggu tanpa wang PTPTN.

Mungkin nasib baiklah kerana kecuaian ini berlaku di UMP.Sekiranya kecuaian ini berlaku di UKM,UPM ataupun UNISEL mungkin keadaannya pasti memburukkan.Kematangan pemikiran mahasiswa di institusi tersebut bukanlah sesuatu yang dapat dinafikan lagi.Keberanian mengkritik dasar-dasar yang tidak sihat di universiti serta masalah-masalah pelajar sentiasa menjadi perhatian umum serta media.Lihat sahaja kes kenaikan yuran di UNISEL tahun 2007 yang mendapat perhatian media yang menyebabkan campur tangan kementerian.Di UPM pula kes dua pelajar yang dibuang kolej mungkin masih segar dalam ingatan kita.Bezanya keadaan pelajar disana cukup sensitiv apabila melibatkan kebajikan dan hak mahasiswa.Berbeza di UMP yang masih menjadi terlalu pasif dan 'Pak Turut'.Kepimpinan yang ada tidak selantang yang diharapkan.Dan ini mungkin kesan jangka panjang AUKU yang masih hangat diperkatakan oleh seluruh reformis-reformis diseluruh negara.

Justeru diharapkan agar kecuaian yang tidak munasabah ini tidak berulang dimasa mendatang.Sesuatu bangsa @ tamadun itu akan musnah sekiranya tidak mengambil iktibar dari kesilapan @ sejarah sebelumnya.Mahasiswa merupakan kelompok terbesar di universiti.Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus berjuang mendapatkan serta melaungkan hak dan kebajikan kita.

4 comments:

Anonymous said...

salam..
bukan kt ump jer kes nih jd...kt uiam sndri jd jgk cmni.. da yg ckp, senior dh dpt.. jnior x dpt.. ble tanyer sane sini.. sme jer.. cume segelintir yg dapat...x tau pihak ptptn nih bg berdasarkan kelayakan yg mcm mne..huhu..pe2 pun sabar je la.. sabar tu kan separuh daripada iman..

Anonymous said...

wslm...hai sdara...persoalan disini adalah..bkn krn masalah dr ptptn..masalah timbul dr kelambatan penghantaran result exam ke ptptn..thats y sbbnye suatu kecuaian ..tidak mengambil iktibar dr pengalaman...lalu

Anonymous said...

sabar pon bia r ade tempatnye..tempoh terlalu lama..ksan dr kelewatan phantaran result...islam xpna mengajar umatnye tlalu bserah tanpa usaha @ melakukan sesuatu..untuk melakukan perubahan..

Anonymous said...

Where your bike photos placed? I cannot find it. Sorry for the inconvenience.